Saturday, August 4, 2012

APA ITU PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN


PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

Proposal atau kertas cadangan kajian tindakan ialah penjelasan ringkas tentang beberapaperkara yang ingin dimaklumkan atau pelan tindakan penyelidik tentang projek kajiantindakan yang akan dilaksanakan. Penjelasan ringkas itu menjawab persoalan seperti:

• Apakah tajuk kajian yang akan dilaksanakan?
• Apakah isu (masalah) yang dikenal pasti?
• Apakah objektifnya?
• Bagaimanakah kita akan melaksanakan kajian?
• Berapa lamakah tempoh pelaksanaannya?
• Berapakah kos yang diperlukan?

Proposal disediakan sebelum sesuatu kajian tindakan dijalankan dan boleh disediakan
sepanjang tahun.

FUNGSI PROPOSAL

Proposal merupakan satu panduan yang menyatakan objektif kajian, langkahlangkahmenjalankan kajian, peralatan yang akan digunakan atau tempoh pelaksanaan kajiansemasa menjalankan kajian tindakan. Proposal membantu penyelidik menjalankan kajiandengan lebih terancang.

KANDUNGAN PROPOSAL ( LENGKAP )

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN TIDAK MEMPUNYAI FORMAT YANG KHUSUS. NAMUN BEGITU, BERIKUT DIBERIKAN PANDUAN ASAS UNTUK MEMUDAHKAN KITA MENULIS PROPOSAL:

1. Nama Sekolah (berserta alamat penuh)
2. Kumpulan penyelidik
3. Tajuk kajian
4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
5. Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian
6. Objektif Kajian
7. Kumpulan Sasaran
8. Tindakan yang dicadangkan
9. Jadual pelaksanaan Kajian
10. Kos Kajian

Syarat Untuk Mendapatkan Pembiayaan

Kelulusan sesuatu proposal serta jumlah kos yang ditawarkan bergantung kepada
penilaian terhadap perkara-perkara berikut:-

Bilangan pelajar yang terlibat dalam kajian
Objektif kajian
Bilangan aktiviti yang akan dilaksanakan
Bahan yang akan digunakan
Kos yang terperinci

Kos kajian hendaklah dinyatakan dengan terperinci dari segi:

Jumlah bahan yang diperlukan,
Harga bagi satu unit bahan,
Jumlah kos secara keseluruhan bagi tiap-tiap jenis bahan

0 comments:

Post a Comment