Saturday, August 4, 2012

TIPS PENULISAN KAJIAN TINDAKAN


TIPS DALAM MERANCANG KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan yang dilakukan oleh guru di sekolah bertujuan untuk membantu guru meningkatkan kualiti p&p. Contohnya, kita telah mengenal pasti bahawa murid kita bermasalah dalam memahami satu tajuk. Jadi, kita mencari suatu alternatif dalam proses menyampaikan isi pelajaran. Contohnya, kita menggunakan kaedah demonstrasi. Selepas menggunakan kaedah itu, guru mendapati, murid-murid dapat memahami tajuk berkenaan dengan mudah. Maka, sudah berlaku proses pemindahan pembelajaran. Kaedah guru berkenaan berkesan. Dengan kata lain, guru berkenaan telah menjalankan satu kajian tindakan yang mudah dalam mengendalikan p&p yang berkesan dan berkualiti. Itulah intipati kajian tindakan. Membantu guru menyelesaikan masalah dalam menyampaikan ilmu menerusi kajian (kenal pasti masalah) dan juga tindakan (guna kaedah demonstrasi).

Kajian perlulah menjurus dalam menyelesaikan permasalahan dalam p&p.

Teknik yang digunakan untuk menyelesaikan masalah perlulah teknik yang mempermudahkan sesuatu masalah

Pilih masalah yang kecil secara spesifik atau kecil, bukan secara general. Contohnya, pelajar tidak dapat mengenal pasti kata kunci untuk penyelesaian masalah matematik untuk kesemua operasi, jadi pecahkan masalah itu kepada operasi-operasi ( tambah, tolak, darab dan bahagi ). Contohnya : Isu – Problem Solving ( Mathematics ). Masalah - problem finding the key words of operations. Kecilkan masalah kepada operasi-operasi kecil ( tambah, tolak, darab dan bahagi – pilih satu sahaja )


0 comments:

Post a Comment