BLOG RASMI JK KAJIAN TINDAKAN SK LKTP REDONG

Selamat datang ke laman blog rasmi Kajian Tindakan SK LKTP Redong. Semoga kunjungan anda ke laman kami mendatangkan manfaat dalam menghasilkan Kajian Tindakan anda

SATU GURU SATU KAJIAN TINDAKAN

Satu Guru Satu Kajian tindakan merupakan salah satu flagship ( no 5 ) Pengarah Pelajaran Johor

JK KAJIAN TINDAKAN

Kami komited dalam menjalankan tugas kami sebagai JK Kajian Tindakan Sekolah dan bermatlamat untuk menghasilkan guru-guru kajian tindakan yang berkualiti

WARGA SK LKTP REDONG

Barisan guru-guru dan warga kerja SK LKTP Redong

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Dari JK Kajian Tindakan SK LKTP Redong 2012

Thursday, September 6, 2012

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN DAERAH

6 Sept, Segamat -- Seminar kajian tindakan daerah Segamat telah dianjurkan oleh PPD Segamat dan dijalankan di SMK Segamat. Seramai 6 pembentang sekolah rendah dan 8 pembentang dari sekolah menengah telah mengambil bahagian. SK LKTP Redong telah diwakili oleh Fatimah Bt Zainal Abidin dan Zalman Fitri Bin Othman.

JK Kajian Tindakan Sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kedua-dua pembentang dari sekolah ini kerana telah berjaya mendapat tempat pertama dan ketiga dalam pertandingan seminar tersebut. harapan kami agar kejayaan SK LKTP Redong akan berterusan bagi tahun-tahun yang akan datang.


Pemenang tempat pertama akan mewakili daerah Segamat ke pertandingan Seminar Kajian Tindakan Peringkat Negeri yang akan diadakan pada bulan Oktober di Batu Pahat. Untuk rekod, ini kali kedua SK LKTP Redong mewakili daerah Segamat ke pertandingan seumpanya dan kali ketiga buat pembentang tersebut untuk mewakili Segamat ke peringkat negeri.

Thursday, August 9, 2012

PANDUAN PRA PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN



Pra pembentangan kajian tindakan adalah satu proses pemurnian pembentangan sebelum seminar/pertandingan sebenar. Pra pembentangan ini akan dihadiri oleh Pegawai PPD, Panel Kajian Tindakan Daerah dan peserta pembentangan yang lain.

Bagi pra pembentangan kajian tindakan sekolah rendah yang akan diadakan pada 3 September 2012 di bilik seminar PPD Segamat, peserta pembentangan perlu menyediakan seperti yang berikut :

1. Slaid Pembentangan

Slaid pembentangan kajian anda yang mengkhususkan kepada inovasi/teknik anda. Ingat, tujuan pembentangan kajian tindakan ialah untuk berkongsi kaedah/teknik/inovasi yang telah dihasilkan dan bukan semata-mata menyampaikan pemasalahan dan refleksi kajian anda. Masa yang diperuntukkan untuk seminar peringkat daerah ialah 10 minit untuk sesi pembentangan dan 3-5 minit untuk sesi soal jawab dan untuk peringkat negeri, masa yang diperuntukkan untuk pembentangan ialah 15 minit. Jadi, peserta perlulah mengambil kira masa yang telah ditetapkan untuk merancang apa yang ingin disampaikan. ( contoh slaid boleh dimuat turun di sini : THE HSP - Presentation Slide )

2. Laporan Kajian Tindakan ( Format EPRD )

Laporan yang perlu dibawa ( 3 salinan ) dan hendaklah lengkap bersama-sama dengan lampiran ( contoh ujian pra dan pasca, gambar-gambar, bahan inovasi sekiranya ada, dll ) ( contoh laporan lengkap format EPRD boleh dimuat turun di sini : THE FINGTERS 2011 )

3. Bahan Inovasi

Bahan inovasi perserta seperti carta atau gambar rajah perlu dibawa bersama bagi memudahkan peserta menyampaikan atau berkongsi teknik anda. ( lihat galeri - under constructions )

4. Brosur

Brosur adalah optional. Sekiranya ada, peserta dapat mengedarkan brosur atau risalah berkaitan inovasi/kajian/teknik/kaedah anda kepada para peserta seminar nanti. ( contoh brosur boleh dimuat turun di sini : Brochure THE HSP 2008 )

Semoga panduan yang disediakan ini sedikit sebanyak dapat membantu melancarkan pembentangan anda di pra-pembentangan dan pembentangan sebenar di Seminar Kajian Tindakan Daerah Segamat nanti. Tahniah dan semoga berjaya.


Daripada : JK Kajian Tindakan SK LKTP Redong

Sunday, August 5, 2012

10 ALASAN MENGAPA KAJIAN TINDAKAN ITU PENTING BUAT GURU


1. Memudahkan guru untuk mengenal pasti perkara yang ingin dilakukan penambahbaikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar.

2. Menggalakkan guru melakukan penambahbaikan terhadap sesuatu masalah yang dikenalpasti dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Penemuan baru yang diperoleh akan menghasilkan ilmu baru yang tidak pernah diketahui sebelumnya dan ianya dapat digunakan untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Membantu guru mengetahui masalah dan mengenal pasti kelemahan diri yang perlu diubah bagi meningkatkan prestasinya.

5. Dapat memudahkan guru dalam mendapatkan sumber maklumat yang penting untuk membantu dalam meningkatkan prestasi guru dan memotivasikan pelajar.

6. Membantu guru untuk menjadi seorang guru yang kretif dalam menyampaikan pengajaran di mana mampu untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari sesuatu topik yang sukar.

7. Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.

8. Berupaya untuk membentuk budaya penyelidikan dikalangan guru-guru sebagai asas dalam membuat dan melaksanakan sebarang perancangan untuk sesuatu tindakan.

9. Dapat membantu guru mencari kaedah yang terbaik dalam pelbagai-pelbagai kaedah yang biasa digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

10. Menjadikan guru sebagai agen perubahan yang dapat membantu dalam mempertahankan sesuatu polisi atau membangunkan sesuatu polisi yang baru dan sesuai dalam meningkatkan mutu pendidikan negara.


Sumber

PERSOALAN ANTARA GURU DAN KAJIAN TINDAKAN


MENGAPA GURU MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN?

1. Melakukan penambahbaikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
Guru melakukan kajian tindakan adalah bertujuan untuk membuat perubahan dari segi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas supaya pelajar lebih mudah memahami topik pengajaran.

2. Membina pengetahuan dan pemahaman pedagogi
Pengetahuan dan pemahaman terhadap pedagogi penting bagi guru untuk meningkatkan proses P&P mereka supaya pelajar tidak cepat bosan terhadap pembelajaran di dalam kelas.

3. Meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian murid.
Amalan mengajar yang berkesan penting untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Guru melakukan kajian tindakan untuk melihat penerimaan pelajar terhadap amalan pengajaran yang digunakan.

BILA WAKTU SESUAI UNTUK MEMBUAT KAJIAN?

1. Apabila guru merasakan wujud permasaalahan yang perlu di perbaikai dan dilakukan penambahbaikan.

2. Apabila guru ingin mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang baru dan difikirkan sesuai terhadap topik yang di ajar.

DI MANA GURU MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN?

1. Kajian ini dilakukan dengan kerjasama guru dan pelajar yang terdiri daripada bakal guru dalam sistem pendidikan.

2. Kajian ini dilakukan di sekolah


MENGAPA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN ?

1. Membaikpulih dan mempertingkatkan Perlaksanaan P&P
Melalui pelaksanaan kajian tindakan guru dapat melakukan penambahbaikan dan mempertingkatkan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajarannya (P&P) yang dapat membantu pelajar.

2. Alat untuk meningkatkan Profesionalisme seorang guru.
Melalui kajian tindakan, guru mampu membentuk strategi dalam menyelesaikan sebarang masalah dan mengembangkan personaliti dan profesionalisme seseorang guru. Di samping dapat membentuk keyakinan diri, kebolehan dan kemahiran dalam diri, kesediaan melakukan kajian dan daya kreativiti yang unggul.

3. Mempertingkatkan Kemudahan Perlaksanaan dan Kesahan Penyelidikan
Kajian tindakan dilakukan dengan menggabungkan dua perkara penting iaitu ilmu pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Strategi yang diperolehi dari hasil dapatan kajian digunakan untuk melakukan penambahbaikan terhadap responden kajian tersebut.

4. Perlaksanaan Sosial dan Membuat Polisi
Melalui kajian tindakan, guru akan menghasilkan ilmu pengetahuan baru mengenai sistem sosial dan pada masa yang sama guru melakukan perubahan penambahbaikan terhadap sasaran yang dikenalpasti.

5. Mengambil kira Aspek Etika
Kajian tindakan dapat membantu guru membentuk sikap bertanggungjawab sebagai seorang pendidik yang unggul. Guru akan sentiasa melakukan refleksi terhadap keberkesanan amalan strategi P&P guru dan melakukan penambahbaikan untuk memenuhi keperluan pelajar.

BILA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?

1) Apabila guru merasakan perlu melakukan penambahbaikan dari amalan P&P atau budaya pengajaran dalam bilik darjah.

2)Terdapat isu atau permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran pelajar.

3)Untuk mengembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri.

4) Mengubah pendekatan dan strategi P&P

Sumber


Saturday, August 4, 2012

SALAM AL MUBARAK


JK Kajian Tindakan sekolah mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua warga SK LKTP Redong. Salam AL Mubarak.

FORMAT PROPOSAL DAN LAPORAN YANG DIPERMUDAH

JK Kajian Tindakan Daerah telah menghasilkan satu garis panduan penulisan proposal dan laporan kajian tindakan yang telah dipermudahkan. Format penilsan mudah kajian tindakan iti boleh didapati dengan memuat turun bahan tersebut di dalam pautan yang disediakan di atas ( panel muat turun ).

Format yang dipermudahkan ini, sangat kompak dan guru hanya perlu mengisi ruangan kosong yang disediakan sahaja. Walau bagaimanapun, satu format lengkap ( mengikut EPRD ) perlu dihasilkan sekiranya kajian tindakan tuan/puan terpilih untuk ke seminar peringkat daerah/negeri/kebangsaan.

TIPS PENULISAN KAJIAN TINDAKAN


TIPS DALAM MERANCANG KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan yang dilakukan oleh guru di sekolah bertujuan untuk membantu guru meningkatkan kualiti p&p. Contohnya, kita telah mengenal pasti bahawa murid kita bermasalah dalam memahami satu tajuk. Jadi, kita mencari suatu alternatif dalam proses menyampaikan isi pelajaran. Contohnya, kita menggunakan kaedah demonstrasi. Selepas menggunakan kaedah itu, guru mendapati, murid-murid dapat memahami tajuk berkenaan dengan mudah. Maka, sudah berlaku proses pemindahan pembelajaran. Kaedah guru berkenaan berkesan. Dengan kata lain, guru berkenaan telah menjalankan satu kajian tindakan yang mudah dalam mengendalikan p&p yang berkesan dan berkualiti. Itulah intipati kajian tindakan. Membantu guru menyelesaikan masalah dalam menyampaikan ilmu menerusi kajian (kenal pasti masalah) dan juga tindakan (guna kaedah demonstrasi).

Kajian perlulah menjurus dalam menyelesaikan permasalahan dalam p&p.

Teknik yang digunakan untuk menyelesaikan masalah perlulah teknik yang mempermudahkan sesuatu masalah

Pilih masalah yang kecil secara spesifik atau kecil, bukan secara general. Contohnya, pelajar tidak dapat mengenal pasti kata kunci untuk penyelesaian masalah matematik untuk kesemua operasi, jadi pecahkan masalah itu kepada operasi-operasi ( tambah, tolak, darab dan bahagi ). Contohnya : Isu – Problem Solving ( Mathematics ). Masalah - problem finding the key words of operations. Kecilkan masalah kepada operasi-operasi kecil ( tambah, tolak, darab dan bahagi – pilih satu sahaja )