Sunday, August 5, 2012

PERSOALAN ANTARA GURU DAN KAJIAN TINDAKAN


MENGAPA GURU MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN?

1. Melakukan penambahbaikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
Guru melakukan kajian tindakan adalah bertujuan untuk membuat perubahan dari segi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas supaya pelajar lebih mudah memahami topik pengajaran.

2. Membina pengetahuan dan pemahaman pedagogi
Pengetahuan dan pemahaman terhadap pedagogi penting bagi guru untuk meningkatkan proses P&P mereka supaya pelajar tidak cepat bosan terhadap pembelajaran di dalam kelas.

3. Meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian murid.
Amalan mengajar yang berkesan penting untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Guru melakukan kajian tindakan untuk melihat penerimaan pelajar terhadap amalan pengajaran yang digunakan.

BILA WAKTU SESUAI UNTUK MEMBUAT KAJIAN?

1. Apabila guru merasakan wujud permasaalahan yang perlu di perbaikai dan dilakukan penambahbaikan.

2. Apabila guru ingin mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang baru dan difikirkan sesuai terhadap topik yang di ajar.

DI MANA GURU MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN?

1. Kajian ini dilakukan dengan kerjasama guru dan pelajar yang terdiri daripada bakal guru dalam sistem pendidikan.

2. Kajian ini dilakukan di sekolah


MENGAPA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN ?

1. Membaikpulih dan mempertingkatkan Perlaksanaan P&P
Melalui pelaksanaan kajian tindakan guru dapat melakukan penambahbaikan dan mempertingkatkan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajarannya (P&P) yang dapat membantu pelajar.

2. Alat untuk meningkatkan Profesionalisme seorang guru.
Melalui kajian tindakan, guru mampu membentuk strategi dalam menyelesaikan sebarang masalah dan mengembangkan personaliti dan profesionalisme seseorang guru. Di samping dapat membentuk keyakinan diri, kebolehan dan kemahiran dalam diri, kesediaan melakukan kajian dan daya kreativiti yang unggul.

3. Mempertingkatkan Kemudahan Perlaksanaan dan Kesahan Penyelidikan
Kajian tindakan dilakukan dengan menggabungkan dua perkara penting iaitu ilmu pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Strategi yang diperolehi dari hasil dapatan kajian digunakan untuk melakukan penambahbaikan terhadap responden kajian tersebut.

4. Perlaksanaan Sosial dan Membuat Polisi
Melalui kajian tindakan, guru akan menghasilkan ilmu pengetahuan baru mengenai sistem sosial dan pada masa yang sama guru melakukan perubahan penambahbaikan terhadap sasaran yang dikenalpasti.

5. Mengambil kira Aspek Etika
Kajian tindakan dapat membantu guru membentuk sikap bertanggungjawab sebagai seorang pendidik yang unggul. Guru akan sentiasa melakukan refleksi terhadap keberkesanan amalan strategi P&P guru dan melakukan penambahbaikan untuk memenuhi keperluan pelajar.

BILA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?

1) Apabila guru merasakan perlu melakukan penambahbaikan dari amalan P&P atau budaya pengajaran dalam bilik darjah.

2)Terdapat isu atau permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran pelajar.

3)Untuk mengembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri.

4) Mengubah pendekatan dan strategi P&P

Sumber


0 comments:

Post a Comment