Thursday, August 9, 2012

PANDUAN PRA PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN



Pra pembentangan kajian tindakan adalah satu proses pemurnian pembentangan sebelum seminar/pertandingan sebenar. Pra pembentangan ini akan dihadiri oleh Pegawai PPD, Panel Kajian Tindakan Daerah dan peserta pembentangan yang lain.

Bagi pra pembentangan kajian tindakan sekolah rendah yang akan diadakan pada 3 September 2012 di bilik seminar PPD Segamat, peserta pembentangan perlu menyediakan seperti yang berikut :

1. Slaid Pembentangan

Slaid pembentangan kajian anda yang mengkhususkan kepada inovasi/teknik anda. Ingat, tujuan pembentangan kajian tindakan ialah untuk berkongsi kaedah/teknik/inovasi yang telah dihasilkan dan bukan semata-mata menyampaikan pemasalahan dan refleksi kajian anda. Masa yang diperuntukkan untuk seminar peringkat daerah ialah 10 minit untuk sesi pembentangan dan 3-5 minit untuk sesi soal jawab dan untuk peringkat negeri, masa yang diperuntukkan untuk pembentangan ialah 15 minit. Jadi, peserta perlulah mengambil kira masa yang telah ditetapkan untuk merancang apa yang ingin disampaikan. ( contoh slaid boleh dimuat turun di sini : THE HSP - Presentation Slide )

2. Laporan Kajian Tindakan ( Format EPRD )

Laporan yang perlu dibawa ( 3 salinan ) dan hendaklah lengkap bersama-sama dengan lampiran ( contoh ujian pra dan pasca, gambar-gambar, bahan inovasi sekiranya ada, dll ) ( contoh laporan lengkap format EPRD boleh dimuat turun di sini : THE FINGTERS 2011 )

3. Bahan Inovasi

Bahan inovasi perserta seperti carta atau gambar rajah perlu dibawa bersama bagi memudahkan peserta menyampaikan atau berkongsi teknik anda. ( lihat galeri - under constructions )

4. Brosur

Brosur adalah optional. Sekiranya ada, peserta dapat mengedarkan brosur atau risalah berkaitan inovasi/kajian/teknik/kaedah anda kepada para peserta seminar nanti. ( contoh brosur boleh dimuat turun di sini : Brochure THE HSP 2008 )

Semoga panduan yang disediakan ini sedikit sebanyak dapat membantu melancarkan pembentangan anda di pra-pembentangan dan pembentangan sebenar di Seminar Kajian Tindakan Daerah Segamat nanti. Tahniah dan semoga berjaya.


Daripada : JK Kajian Tindakan SK LKTP Redong


0 comments:

Post a Comment