BLOG RASMI JK KAJIAN TINDAKAN SK LKTP REDONG

Selamat datang ke laman blog rasmi Kajian Tindakan SK LKTP Redong. Semoga kunjungan anda ke laman kami mendatangkan manfaat dalam menghasilkan Kajian Tindakan anda

SATU GURU SATU KAJIAN TINDAKAN

Satu Guru Satu Kajian tindakan merupakan salah satu flagship ( no 5 ) Pengarah Pelajaran Johor

JK KAJIAN TINDAKAN

Kami komited dalam menjalankan tugas kami sebagai JK Kajian Tindakan Sekolah dan bermatlamat untuk menghasilkan guru-guru kajian tindakan yang berkualiti

WARGA SK LKTP REDONG

Barisan guru-guru dan warga kerja SK LKTP Redong

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Dari JK Kajian Tindakan SK LKTP Redong 2012

Showing posts with label Kajian Tindakan. Show all posts
Showing posts with label Kajian Tindakan. Show all posts

Saturday, August 4, 2012

TIPS PENULISAN KAJIAN TINDAKAN


TIPS DALAM MERANCANG KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan yang dilakukan oleh guru di sekolah bertujuan untuk membantu guru meningkatkan kualiti p&p. Contohnya, kita telah mengenal pasti bahawa murid kita bermasalah dalam memahami satu tajuk. Jadi, kita mencari suatu alternatif dalam proses menyampaikan isi pelajaran. Contohnya, kita menggunakan kaedah demonstrasi. Selepas menggunakan kaedah itu, guru mendapati, murid-murid dapat memahami tajuk berkenaan dengan mudah. Maka, sudah berlaku proses pemindahan pembelajaran. Kaedah guru berkenaan berkesan. Dengan kata lain, guru berkenaan telah menjalankan satu kajian tindakan yang mudah dalam mengendalikan p&p yang berkesan dan berkualiti. Itulah intipati kajian tindakan. Membantu guru menyelesaikan masalah dalam menyampaikan ilmu menerusi kajian (kenal pasti masalah) dan juga tindakan (guna kaedah demonstrasi).

Kajian perlulah menjurus dalam menyelesaikan permasalahan dalam p&p.

Teknik yang digunakan untuk menyelesaikan masalah perlulah teknik yang mempermudahkan sesuatu masalah

Pilih masalah yang kecil secara spesifik atau kecil, bukan secara general. Contohnya, pelajar tidak dapat mengenal pasti kata kunci untuk penyelesaian masalah matematik untuk kesemua operasi, jadi pecahkan masalah itu kepada operasi-operasi ( tambah, tolak, darab dan bahagi ). Contohnya : Isu – Problem Solving ( Mathematics ). Masalah - problem finding the key words of operations. Kecilkan masalah kepada operasi-operasi kecil ( tambah, tolak, darab dan bahagi – pilih satu sahaja )


CONTOH PENULISAN KAJIAN TINDAKAN


CONTOH PENULISAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH RENDAH 

"Berikut adalah contoh penulisan Kajian Tindakan yang boleh anda contohi atau muat turun sendiri contoh penulisan lengkap Laporan Kajian Tindakan anda di sini : THE HSP"

TAJUK : Meningkatkan kefahaman murid tentang konsep fotosintesis.
PENGKAJI : Mastura bt Ismail
SEKOLAH : SK. Laneh, Lubok Merbau, K.Kangsar.

1. OBJEKTIF

a) Umum
Menimbulkan minat serta pandangan positif terhadap mata pelajaran Sains.
Mengenalkan pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan kepada pelajar.

b) Khusus
i . membantu 14 pelajar Tahun 4 (gred B dan C) menguasai konsep fotosintesis .
ii. membantu pelajar menguasai kemahiran tafsir carta dengan bantuan
gambarajah,carta dan peta konsep.

2. METADOLOGI

Metadologi yang digunakan :

i . Pemerhatian
ii. Ujian Diagnostik
iii. Ujian Post
iv. Soal Selidik untuk murid,guru dan ibu bapa.

3. PERLAKSANAAN KAJIAN

a) Tinjauan Masalah

i . Prestasi pencapaian subjek Sains dalam peperiksaan dalaman masih belum
mencapai target dari segi kualiti gred.
ii . Pelajar masih lemah dalam penguasaan kemahiran asas dalam konsep bagi topic
Sains.
iii. Pelajar kurang mahir dalam mengembangkan idea dengan menggunakan
perkataan sendiri terutama dalam soalan Bahagian B.
iv. Kecenderungan pelajar dalam subjek Sains bergantung kepada topic yang tertentu sahaja.
v. Pelajar kurang mendapat motivasi dari ibu bapa dalam mempelajari Sains.

b) Perlaksanaan program

i .Membuat ujikaji berbentuk inkuiri- penemuan
ii Membina kefahaman terhadap konsep
iii Pembimbing rakan sebaya
iv Membina carta,peta minda dan gambarajah
v Ujian Post
vi Kajian soal selidik

c) Tindakan yang dijalankan

i Menjalankan Ujian Pra
ii Membuat ujikaji berbentuk inkuiri – penemuan
iii Murid membina kefahaman melalui ujikaji
iv Bimbingan rakan sebaya dari gred A semasa aktiviti berkumpulan
v Membina carta proses fotosintesis dengan bimbingan rakan dan maklumat dari
rujukan .
vi Mempamerkan carta fotosintesis untuk penilaian.
vii Ujian Post

4. DAPATAN KAJIAN

a) Analisis Data

i Analisis Ujian Pra
ii. Analisis Pemerhatian
iii Analisis soal selidik
iv. Analisis perlakuan murid
v. Analisis Ujian Post

b) Rumusan

i Pemahaman murid tentang konsep fotosintesis lebih kukuh
ii Kaedah inkuiri –penemuan secara berperingkat dan dapatan yang diulang-ulang
dapat membantu murid membina konsep dengan kukuh.
iii.Aktiviti berkumpulan dengan bimbingan rakan sebaya membantu pelajar terlibat
secara aktif dan bahan rujukan diguna dengan sepenuhnya apabila hasil
dipertandingkan.

5. REFLEKSI KAJIAN

a.) Pencapaian murid
Murid dapat mengatasi masalah kekeliruan konsep pertukaran gas semasa fotosintesis.

b) Rumusan Pemerhatian
Pertandingan antara kumpulan dalam menghasilkan carta memberi galakkan yang baik
pada setiap pelajar.

c) Proses Pengajaran dan pembelajaran
Kefahaman murid terhadap Konsep Fotosintesis dapat diperkukuhkan dengan teknik
pengajaran yang pelbagai.

6. CADANGAN

Saya bercadang untuk meneruskan teknik pengajaran berkumpulan dan inkuiri penemuan dalam membina konsep fotosintesis.

CARA PENULISAN MENGIKUT FORMAT EPRD




 KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN / PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

Kertas cadangan / proposal kajian

Kertas cadangan / proposal kajian tindakan disediakan sebelum sesuatu kajian tindakan dijalankan. Ia boleh disediakan di sepanjang tahun.

Fungsi Kertas Cadangan Kajian Tindakan
Panduan yang menyatakan objektif.
Langkah-langkah menjalankan kajian.
Peralatan yang digunakan.
Membantu penyelidik menjalankan kajian dengan lebih terancang.

Kandungan Dalam Kertas Cadangan (Tidak mempunyai format khusus)
Tajuk kajian
Ahli kumpulan penyelidik
Nama sekolah/Jabatan/Bahagian
Latar belakang kajian/Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
Isu keprihatinan/Fokus kajian
Objektif kajian/Tujuan kajian
Kumpulan sasaran
Strategi tindakan yang dicadangkan
Jadual pelaksanaan kajian
Anggaran kos kajian

Kandungan Dalam Kajian Tindakan
Ucapan ( Acknowledgment )
Abstrak
Refleksi p&p yang lalu
Fokus Kajian
Objektif Kajian
Implementasi Kajian

  • Mengenalpasti masalah
  • Analisis masalah
  • Langkah yang diambil dan Methodology
  • Implementasi dan Pemerhatian
  • Implementasi Pra Ujian dan Aktiviti 1
  • Implementasi  Aktiviti 2
  • Implementasi  Aktiviti 3
  • Implementasi  Aktiviti 4

Teknik yang digunakan
Kesimpulan Kajian
Analisis Ujian Pra & Pasca
Refleksi Kajian
Cadangan Masa Hadapan
Rujukan dan Bibliografi
Lampiran

Lihat contoh penulisan di sini ----> KLIK

APA ITU PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN


PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

Proposal atau kertas cadangan kajian tindakan ialah penjelasan ringkas tentang beberapaperkara yang ingin dimaklumkan atau pelan tindakan penyelidik tentang projek kajiantindakan yang akan dilaksanakan. Penjelasan ringkas itu menjawab persoalan seperti:

• Apakah tajuk kajian yang akan dilaksanakan?
• Apakah isu (masalah) yang dikenal pasti?
• Apakah objektifnya?
• Bagaimanakah kita akan melaksanakan kajian?
• Berapa lamakah tempoh pelaksanaannya?
• Berapakah kos yang diperlukan?

Proposal disediakan sebelum sesuatu kajian tindakan dijalankan dan boleh disediakan
sepanjang tahun.

FUNGSI PROPOSAL

Proposal merupakan satu panduan yang menyatakan objektif kajian, langkahlangkahmenjalankan kajian, peralatan yang akan digunakan atau tempoh pelaksanaan kajiansemasa menjalankan kajian tindakan. Proposal membantu penyelidik menjalankan kajiandengan lebih terancang.

KANDUNGAN PROPOSAL ( LENGKAP )

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN TIDAK MEMPUNYAI FORMAT YANG KHUSUS. NAMUN BEGITU, BERIKUT DIBERIKAN PANDUAN ASAS UNTUK MEMUDAHKAN KITA MENULIS PROPOSAL:

1. Nama Sekolah (berserta alamat penuh)
2. Kumpulan penyelidik
3. Tajuk kajian
4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
5. Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian
6. Objektif Kajian
7. Kumpulan Sasaran
8. Tindakan yang dicadangkan
9. Jadual pelaksanaan Kajian
10. Kos Kajian

Syarat Untuk Mendapatkan Pembiayaan

Kelulusan sesuatu proposal serta jumlah kos yang ditawarkan bergantung kepada
penilaian terhadap perkara-perkara berikut:-

Bilangan pelajar yang terlibat dalam kajian
Objektif kajian
Bilangan aktiviti yang akan dilaksanakan
Bahan yang akan digunakan
Kos yang terperinci

Kos kajian hendaklah dinyatakan dengan terperinci dari segi:

Jumlah bahan yang diperlukan,
Harga bagi satu unit bahan,
Jumlah kos secara keseluruhan bagi tiap-tiap jenis bahan

APA ITU KAJIAN TINDAKAN


DEFINISI KAJIAN TINDAKAN

Usaha guru untuk memperbaiki pengajaran mereka secara sistematik melalui kitaran yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian & refleksi (Kember & Gow, 1992)

Kajian di bilik darjah yang dilakukan oleh guru-guru bagi membolehkan mereka meneroka isu-isu pengajaran yang mereka suka (atau tidak suka?) bagi menambahbaikkan amalan tersebut (Cochran-Smith & Lytle, 1990)

Satu kajian yang sistematik oleh sekumpulan guru untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut (Ebbut, 1985)

Satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan tersebut, serta bersedia untuk mengubahnya (McNiff, 1988)

APA ITU KAJIAN TINDAKAN?

Menurut EPRD,

“…adalah satu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri (pengamal/guru/pendidik) sebagai penyelidik; melaksanakan tindakan praktik (intervensi) mereka sendiri yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, disamping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi dimana amalan itu dilakukan. Ia melibatkan proses refleksi, merancang, melaksanakan dan memerhati.”

 Manual Kajian Tindakan, 2006
Educational Planning and Research Division (EPRD) of the Ministry of Education


1. Penjelasan ringkas tentang beberapa perkara yang ingin dimaklumkan atau pelan tindakan yang akan dilaksanakan.

2. Penjelasan itu menjawab persoalan seperti :

Apakah tajuk kajian yang akan dilaksanakan?
Apakah isu yang ingin dikenal pasti ?
Apakah objektifnya?
Bagaimanakah kita akan melaksanakan kajian?
Berapa lamakah tempoh perlaksanaannya?
Berapakah kos yang diperlukan?

3. Melibatkan proses refleksi, merancang, melaksanakan dan memerhati.