BLOG RASMI JK KAJIAN TINDAKAN SK LKTP REDONG

Selamat datang ke laman blog rasmi Kajian Tindakan SK LKTP Redong. Semoga kunjungan anda ke laman kami mendatangkan manfaat dalam menghasilkan Kajian Tindakan anda

Sunday, June 21, 2015

MUAT TURUN FORMAT KAJIAN TINDAKAN 2015

Assalammualaikum dan salam Redong Jaya. JK Kajian Tindakan yang diwakili oleh Ust Fauzi telah menghadiri kursus Kajian Tindakan pada 16 Jun 2015. Makluman daripada beliau, semua guru hendaklah menghantar kajian tindakan anda pada atau sebelum 8 Julai 2015. Sehubungan dengan itu, guru-guru boleh memuat turun format kajian tindakan di pautan di bawah ini. Format Kajian Tindakan Sekolah Segala bantuan dan makluman, hubungi JK Kajian Tindakan Sekolah - Pn Masdianilavati Bt Mohd Jumari (Penyelaras Kajian Tindakan Sekolah 2015), En Mohd Fauzi Bin...

Thursday, September 6, 2012

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN DAERAH

6 Sept, Segamat -- Seminar kajian tindakan daerah Segamat telah dianjurkan oleh PPD Segamat dan dijalankan di SMK Segamat. Seramai 6 pembentang sekolah rendah dan 8 pembentang dari sekolah menengah telah mengambil bahagian. SK LKTP Redong telah diwakili oleh Fatimah Bt Zainal Abidin dan Zalman Fitri Bin Othman. JK Kajian Tindakan Sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kedua-dua pembentang dari sekolah ini kerana telah berjaya mendapat tempat pertama dan ketiga dalam pertandingan seminar tersebut. harapan kami agar kejayaan SK LKTP...

Thursday, August 9, 2012

PANDUAN PRA PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN

Pra pembentangan kajian tindakan adalah satu proses pemurnian pembentangan sebelum seminar/pertandingan sebenar. Pra pembentangan ini akan dihadiri oleh Pegawai PPD, Panel Kajian Tindakan Daerah dan peserta pembentangan yang lain. Bagi pra pembentangan kajian tindakan sekolah rendah yang akan diadakan pada 3 September 2012 di bilik seminar PPD Segamat, peserta pembentangan perlu menyediakan seperti yang berikut : 1. Slaid Pembentangan Slaid pembentangan kajian anda yang mengkhususkan kepada inovasi/teknik anda. Ingat, tujuan pembentangan kajian...

Sunday, August 5, 2012

10 ALASAN MENGAPA KAJIAN TINDAKAN ITU PENTING BUAT GURU

1. Memudahkan guru untuk mengenal pasti perkara yang ingin dilakukan penambahbaikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar. 2. Menggalakkan guru melakukan penambahbaikan terhadap sesuatu masalah yang dikenalpasti dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Penemuan baru yang diperoleh akan menghasilkan ilmu baru yang tidak pernah diketahui sebelumnya dan ianya dapat digunakan untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. 4. Membantu guru mengetahui masalah dan mengenal pasti kelemahan diri yang perlu diubah bagi meningkatkan...

PERSOALAN ANTARA GURU DAN KAJIAN TINDAKAN

MENGAPA GURU MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN? 1. Melakukan penambahbaikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran Guru melakukan kajian tindakan adalah bertujuan untuk membuat perubahan dari segi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas supaya pelajar lebih mudah memahami topik pengajaran. 2. Membina pengetahuan dan pemahaman pedagogi Pengetahuan dan pemahaman terhadap pedagogi penting bagi guru untuk meningkatkan proses P&P mereka supaya pelajar tidak cepat bosan terhadap pembelajaran di dalam kelas. 3. Meningkatkan keberkesanan amalan...

Saturday, August 4, 2012

SALAM AL MUBARAK

JK Kajian Tindakan sekolah mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua warga SK LKTP Redong. Salam AL Mubar...

FORMAT PROPOSAL DAN LAPORAN YANG DIPERMUDAH

JK Kajian Tindakan Daerah telah menghasilkan satu garis panduan penulisan proposal dan laporan kajian tindakan yang telah dipermudahkan. Format penilsan mudah kajian tindakan iti boleh didapati dengan memuat turun bahan tersebut di dalam pautan yang disediakan di atas ( panel muat turun ). Format yang dipermudahkan ini, sangat kompak dan guru hanya perlu mengisi ruangan kosong yang disediakan sahaja. Walau bagaimanapun, satu format lengkap ( mengikut EPRD ) perlu dihasilkan sekiranya kajian tindakan tuan/puan terpilih untuk ke seminar peringkat...